Apa itu Microteaching?
Micro teaching merupakan proses
pembelajaran yang dilakukan secara sederhana dan singkat bahagian demi
bahagian. Penyederhanaan pembelajaran mikro teaching terletak
pada waktu, materi, jumlah siswa, jenis ketrampilan dasar mengjar,
penggunaan metode, media dan lain lain. Pembelajaran mikro (micro-teaching)
merupakan suatu situasi pembelajaran yang dilaksanakan dalam waktu dan
jumlah siswa yang terbatas, iaitu selama 5 – 20 menit dengan jumlah
siswa sebanyak 3 – 10 orang. Bentuk
pembelajaran yang sederhana, dimana calon guru berada dalam suatu
lingkungan kelas yang terbatas dan terkontrol. Dan hanya mengajarkan
satu konsep dengan menggunakan satu atau dua keterampilan dasar
mengajar.
KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN <Klik Di Sini > KOMEN PENILAI
Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan
teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar
dalam aktiviti pengajarannya. Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar
adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak
dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi
kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan
saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta
mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.
Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.

Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan
semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu
P&P dan tumpuan kanak-kanak.

Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang
baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi
perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah
cara mengajar dengan menggunakan ABM.

Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya
penggunaan bahasa.

Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan,
menulis, dan simulasi.
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN <Klik Di Sini
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN <Klik Di Sini
No comments:
Post a Comment