Makro bermaksud awalan
yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,
sekurang-kurangnya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu pelajaran.
Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat permulaan pengajaran,
perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang
lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik
darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan
kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan
pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Perkataan Mikro
diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran
mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai
simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk
mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro
dijalankan.
Sebelum melaksanakan
sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan
menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.
Makro Teaching 1
Rancangan Pembelajaran Harian <Klik Di Sini> Refleksi
Aktiviti langkah 1 ialah talk my ear: Dilakukan seperti
aktiviti radio buruk. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Mereka di
bahagikan setiap kumpulan sehelai kertas untuk mereka menghafal definisi
kemanusiaan. Dan diminta menghafalnya selama 2 minit. Setelah itu,
kertas tersebut dikutip semula oleh guru dan diminta unttuk berbisik
kepada rakan sebelah definisi yang telah dihafal oleh beliau tadi. Murid
yang terakhir diminta untuk bangun dan berdiri untuk menyatakan
definisi yang telah dihafal oleh rakan mereka tadi.
Aktiviti 1: Talk my ear
Aktiviti langkah 2 ialah aktiviti Think Pair Share melalui aktiviti look picture. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Pertama, guru menunjukkan gambar Toondoo
kepada murid. Murid diminta untuk menghayati dan memahami gambar
tersebut. Mereka diminta untuk mencari nilai kemanusiaan di dalam gambar
tersebut. Setelah itu, mereka diminta untuk membuat penulisan di dalam
kertas mahjung. Hasil aktiviti berkumpulan tersebut, mereka diminta
untuk membentang di hadapan dan berkongsi ilmu yang mereka perolehi.
Aktiviti 2: Step pertama, lihat gambar Toondoo
Aktiviti 2: Step kedua, aktiviti pembentangan kumpulan
Langkah
3 ialah aktiviti lembaran kerja. Aktiviti ini dilakukan adalah tujuan
untuk melihat sejauhmanakah kefahaman murid terhadap pembelajaran pada
hari tersebut. Lembaran kerja ini dibahagiakan kepada 3 bahagian iaitu
bahagian 1 latihan struktur, bahagian 2 latihan silang kata, bahagian 3
latihan bersifat dialog.
Aktiviti 3: Latihan Struktur
Aktiviti 3: Latihan Silang Kata
Aktiviti 3: Latihan Dialog
No comments:
Post a Comment