Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berdasarkan
video tersebut, guru pelatih memastikan kesediaan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Suara yang digunakan juga agak jelas dan lantang. Guru juga
memberikan pujian kepada jawapan yang diutarakan oleh pelajar. Guru juga
mengawal kelas dengan baik. Intonasi nada guru kelihatan agak tegas sedikit
dengan pelajar.
Pada permulaan, guru menunjukkan
video kepada para pelajar. Penggunaan video tersebut memberikan motivasi dan
dekat dengan para pelajar. Dari segi penggunaan bahan bantu, bahan bantu
digunakan menarik berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.Dalam pada
itu, guru juga mewujudkan interaksi dengan murid dengan berinteraksi dengan
murid.
Pada peringkat pengembangan, guru
menggunakan ruang untuk bergerak kepada pelajar. Guru pelatih memberikan
galakan moral seperti pujian dan tepukan.Penggunaan slide , powerpoint dan
dialog berwarna warni akan menimbulkan minat untuk belajar dalam kalangan
pelajar kerana adanya ilustrasi warna yang menarik.Inovasi yang digunakan pula
kreatif dengan menggalakan pelajar untuk bekerjasama dan berbincang sesama
mereka.Seterusnya, untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap nilai drama
Anna, guru pelatih mengedarkan lembaran kerja kepada para pelajar.
Akhir
sekali, objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai sebagaimana yang
ditetapkan dan dirancang oleh guru pelatih.Sesi rumusan dan refleksi pengajaran
dan pembeajaran juga turut dijalankan oleh guru pelatih dan guru. Guru juga
menerangkan apa yang kurang difahami oleh murid dengan lebih dekat dan
terperinci.
No comments:
Post a Comment