Makro Teaching 2

Apa itu makro teaching?

       Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangnya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat permulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
         Perkataan Mikro diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
          Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.


          Makro Teaching 2

 Rancangan Pembelajaran Harian <Klik Di Sini> Refleksi


           Aktiviti langkah 1 ialah Roda Go. Aktiviti ini dilakukan secara individu. Murid diajar terlebih dahulu mengenai pengajaran yang terdapat di dalam drama Anna. Setelah itu, aktiviti ini dilakukan dengan memasang lagu dan ketika itu bola diedarkan kepada rakan sebelah sambil lagu tersebut dipasangkan. Sekiranya lagu tersebut diberhentikan, maka murid yang memegang bola tersebut dikehendaki datang kehadapan untuk memusing Roda Go.

 Aktiviti 1: Step pertama, bola diedarkan sambil lagu dipasang


 Aktiviti 1: Step kedua, memutarkan Roda Go


              Aktiviti langkah 2 ialah Kotak Pensil Beracun. Aktiviti ini dilakukan secara individu. Aktiviti ini juga seakan-akan aktiviti pada langkah 1. Murid diajar terlebih dahulu mengenai hubungkait antara nilai dan pengajaran di dalam drama Anna. Setelah itu, aktiviti ini dilakukan dengan memasang lagu dan ketika itu bola diedarkan kepada rakan sebelah sambil lagu tersebut dipasangkan. Sekiranya lagu tersebut diberhentikan, maka murid yang memegang bola tersebut dikehendaki datang kehadapan untuk menekan Push Me di Kotak Pensel Beracun. Di dalamnya terdapat soalan yang murid dikehendaki menjawab.

                                                Aktiviti 2: Step pertama, bola diedarkan sambil lagu dipasang

                                             Aktiviti 2: Step kedua, menekan Push Me untuk menjawab soalan

              Aktiviti langkah 3 ialah aktiviti lembaran kerja. Aktiviti ini dilakukan adalah tujuan untuk melihat sejauhmanakah kefahaman murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian  adalah latihan berbentuk struktur manakala di bahagian 2 latihan berbentuk padan suai.


                                                                              Aktiviti 3: Latihan Struktur


                                                                           Aktiviti 3: Latihan Padan Suai

No comments:

Post a Comment