Makro Teaching 3


Apa itu makro teaching?


Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangnya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat permulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
         Perkataan Mikro diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
          Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.

Makro Teaching 3

  Rancangan Pembelajaran Harian <Klik Di Sini> Refleksi

     Aktiviti langkah 1 ialah match. Aktiviti ini dilakukan secara individu. Setiap murid perlu memandankan aktiviti match ini di hadapan. Murid yang tampil ke hadapan hendaklah memandankan aktiviti match mengenai latar tempat. Murid dikehendaki memandakan latar tempat sahaja berdasarkan nombor yang tertera di gabus tersebut.



Aktiviti 1: Match




         Aktiviti langkah 2 ialah match. Aktiviti ini dilakukan secara individu. Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti 1 tadi, namun setiap murid perlu memandankan aktiviti match ini di hadapan. Murid yang tampil ke hadapan hendaklah memandankan aktiviti match mengenai latar masa sahaja. Murid dikehendaki memandakan latar masa sahaja berdasarkan nombor yang tertera di gabus tersebut.
          Aktiviti 2: Match


            Aktiviti langkah 3 ialah hot seat. Aktiviti ini dilakukan secara berindividu. Guru memasang lagu dan ketika itu murid mengelilingi murid yang duduk di kerusi di tengah-tengah. Apabila lagu diberhentikan. Murid yang berada di hadapan murid yang duduk dikerusi tersebut, perlu membaca keratan dialog yang telah diberikan. Murid yang duduk di kerusi tersebut hendaklah memberikan latar masyarakat berdasarkan dialog yang dibaca oleh rakannya. Selesai menjawab, murid yang membaca dialog tadi perlu duduk di kerusi tersebut dan lagu dipasangkan. Aktiviti ini dilakukan sehingga berulang-ulang kali.

Aktiviti 3: Hot Seat melalui keratan dialog

No comments:

Post a Comment